Wednesday, April 15, 2009

KEMALANGAN INI MENYEDIHKAN HATIKU.....



Pada isnin 13 april, aku dikejutkan dengan satu kemalangan yang meragut nyawa salah seorang ahli keluarga teman rapatku. Sebak sangat hati bila mendengar esak tangis keluarga mangsa. Mnegapa perkara seperti ini berlaku? Ya Benar sudah ketentuan Illahi, kita sebagai hamba perlu menerimanya.


petikan dari mStar online



Isnin April 13, 2009


Pemandu, pembantu bas ekspres ragut 6 nyawa ada 14 saman


PASUKAN mencari dan menyelamat memeriksa keadaan bas dua tingkat yang terbalik di KM KM 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rawang awal pagi tadi, yang mengorbankan enam orang termasuk pemandunya.



RAWANG: Pemandu dan pembantu pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat yang terbalik di KM 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini awal pagi ini masing-masing mempunyai lapan dan enam saman.
Ketua Polis Trafik Persekutuan, Senior Asisten Komisioner II Datuk Abd. Aziz Yusof berkata, siasatan awal menunjukkan pemandu bas AB Express telah dikeluarkan lapan saman kerana memandu laju.
Pembantu pemandu bas tersebut, Zulkhibri Md. Saad pula mempunyai enam saman dan lima waran tangkap atas kesalahan yang sama.
"Kami sedang menyiasat kes ini sebagai memandu dengan cuai sehingga membawa kepada kematian, di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan," kata beliau.
Beliau mengesahkan kemalangan hari ini sebagai yang terburuk tahun ini.
Zulkhibri merupakan antara mereka yang terbunuh dalam kejadian itu.
Lima penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres terbunuh manakala dua orang cedera parah setelah bas itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di KM 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.

RAWANG: Lima penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres terbunuh manakala dua orang cedera parah setelah bas itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di KM 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.
Polis berkata, kejadian berlaku pada 5.30 pagi setelah bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres itu membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah, gagal dikawal.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Ismail, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Jitra; Mohamad Fauzi Awang, 57, Kampung Siam, Alor Setar; Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang; Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah; C. Magentharan, 26, dari Klang, dan pemandu bas, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kesemua mayat dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
BERNAMA

karya Teman Seperjuangan

  • Permulaan Perkongsian - Assalamualaikum... Tajuk tak boleh blah kan..haha..sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk ape. Tapi memang betul jugak tajuk tu.. Permulaan Perkongsian Ko...
    11 years ago
  • KORBAN …. - *Sejarahnya dari perspektif Islam...* Peristiwa korban membuktikan dengan jelas ketaatan dua orang nabi iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terhadap perin...
    15 years ago

ShoutMix chat widget
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez