Sunday, March 29, 2009

2 Minggu Yang 'FULL'


Salam Sejahtera kepada rakan-rakan blog yang lain. Selepas 2 minggu bergelut dengan pelbagai masalah, kerja. tugasan dan amanah. akhirnya hari ini saya berkesempatan bertemu kembali dan berkongsi idea dan isu semasa.

Teringat pula akan nasyid 'DEMI MASA'

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh

Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Diri kita sering terlupa dan seringkali melakukan pembaziran waktu kosong. Bila waktu kosong, ada yang menanti kita ... apa dia? 'KATIL' la. pelik sugguh , kelapangan waktu yang kita ada kita sia-sia kan sahaja. Kenapa tidak kita luangkan masa yang ada dengan menambah pengetahuan. Banyak sudah buku di pasaran kini. AGAMA, MOTIVASI, SASTERA bahkan NOVEL dan KOMIK pun sudah berlambak-lambak di pasaran.

kalau malas sangat nak baca buku ilmiah, jadi bacalah buku yang sesuai dengan hati kita. sekarang ni banyak novel islamic antaranya "ayat-ayat cinta, warkah cinta berbau syurga dan macam-macam tajuk ada". pilih je mana yang kita suka dan berkenan di hati.

TAK NAK BACA LAGI? Ok, majalah agama banyak dipasaran. majalah i dan majalah Al-Islam kat kedai mamak pun ada jual. Tinggal kita membeli dan membacanya sahaja. kalau masih lagi malas dan mencipta alasan yang pelbagai. JANGAN MENYESAL SUATU HARI NANTI !!!

Thursday, March 26, 2009

Dua Minggu yang memenatkan


Sudah hampir dua minggu tidak melawat ke blog ini. Dua minggu ini penuh dengan pembentangan dan kerja-kerja lajnah dan juga persatuan.
saya amat memohon maaf kepada kawan-kawan kesibukan saya.

Thursday, March 12, 2009

sambungan .....



















“Sudah berapa kali Is datang lewat meeting? Is jangan buat muka kesian dengan papa. Papa dah penat dengar pekerja-pekerja di bahagian marketing bercerita pasal Is.” Fail dihempas ke atas meja.

“Pa, Is bukan sengaja datang lewat la pa, Is..”
“Is apa? Is keluar jumpa klien? Ada ke orang jumpa klien jam 10 pagi? Agaknya jam 11 pagi pun Is tak bangun lagi dari tidur kan?”
“ Is minta maaf pa.”
“ Berapa kali dah Is minta maaf dengan papa? Hari ni minta maaf esok buat benda yang sama jugak.” Kemarahan jelas terserlah diraut wajah Tuan Lokman

Iskandar yang duduk di kerusi empuk buatan Itali itu kelihatan resah, punggungnya panas bahkan udara sejuk dari penghawa dingin tidak dirasakan mampu menyejukkan suasana yang tegang saat ini.

Otaknya ligat mencari helah untuk keluar dari keadaan yang bahang itu. Mengintai ke arah jam tangan jenama rolex, menunjukkan jam satu suku, dia makin gelisah dan yakin Suzy pasti sedang membebel kerana sudah menunggu lebih dari setengah jam di lobi syarikat.

“ Papa, Is ada appointment la dengan klien jam 2 petang ni. Is keluar dulu ye.”
Anak muda itu bangun meninggalkan kerusi empuk lalu menuju ke pintu buatan kayu dari jenis jati

“ Iskandar Aiman!”
Kakinya terhenti disitu. Bagai robot yang mendengar arahan dari tuannya.

“ni amaran terakhir papa. Jika Is buat hal lagi, papa tidak teragak-agak akan turunkan jawatan Is.”
Don’t worry papa, it’s me Iskandar Aiman. Is tak akan ulangi lagi”
“ Papa pegang janji kamu”. Jari telunjuk di angkat agar anaknya sedar akan amaran keras ini.

Sebagai seorang bapa, dia amat berharap anak bujangnya ini akan berubah dan menjadi insan yang berguna.Bukannya hanya pandai menghabiskan beras je.
Kelibat Iskandar Aiman hilang dari pandangan, digelengnya kepala tanda kesal yang berbeku dihati.

Teringat ketika dia sebaya umur Iskandar, pada masa itu dia terpaksa meninggalkan keluarga di kampung, demi mencari rezeki untuk menyekolahkan adik-adik yang masih kecil. Berbekalkan semangat dan tulang empat kerat, dia bekerja di kebun milik Tuan Saadan. Selama 4 tahun dia bekerja sebagai tukang kebun di kebun pisang milik tuannya. Bahkan dia juga terpaksa berulang alik dari kebun ke rumah Tuan Saadan kerana dia juga perlu membersihkan halaman rumah tuannya.

Masuk tahun kelima dia berkerja di kebun pisang dan halaman Tuan Saadan, dia telah diberi kepercayaan oleh majikannya untuk menguruskan operasi kebun pisang seluas 3 ekar itu. Ketika itulah dia mula belajar bagaimana hendak meluaskan dan meningkatkan keuntungan dari kebun pisang tersebut.

Tetapi itu dulu, dia dibesarkan dalam kesempitan hidup. Bapanya melarikan diri ke Siam kerana menjadi buruan polis. Ibunya ditinggalkan bersama 4 orang anak temasuk dirinya. Dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai penoreh getah dan mencuci pinggan mangkuk di Warung Pak Dol. Semua itu dilakukan hanya demi sesuap nasi untuk adik-adiknya dan ibu yang tidak sihat.

Yang menjadi masalahnya sekarang ialah anak bujangnya yang tunggal ini. Iskandar Aiman sudah dibiasakan dengan kemewahan sejak dari kecil. Tidak seperti dua anak perempuannya yang memilih untuk hidup berdikari diluar negara. Iskandar lebih suka hidup dibawah tanggungan dia dan isterinya. ...... (bersambung)

sambungan .....


sambungan dari kisah yang lalu......


KRIINGG!!! KRIINNGG!!!

Selimut ditarik menutupi seluruh tubuh yang kesejukan. Jam loceng dibiar menjerit sendirian di celah timbunan tin-tin minuman syaitan. Matahari sudah berdiri tegak diatas kepala, namun bahang sang suria tidak dirasainya. Penghawa dingin lebih menusuk tulang-temulang.

‘ahh bising betul siapalah yang kunci jam loceng untuk aku ni’ hatinya menahan geram.ditekup kedua belah telinga agar jeritan loceng tidak mengganggu tidurnya.
Dia bagai dirasuk hantu bangun dari tilam empuk lantas mencapai jam loceng dan di baling ke dinding. Tersenyum puas dengan mata yang tertutup lalu menarik kembali selimut menyelubungi diri.

“ Is, bangun Is” jerit wanita separuh abad di muka pintu biliknya.
“ Is, bangun… papa kamu dah telefon mama tiga kali tau”. Wanita itu tanpa kecewa terus mengetuk pintu yang masih lagi tak terbuka.
“ kamu jawablah dengan papa kamu petang nanti ye. Jangan salahkan mama atau nak minta mama pujuk papa kamu tu”. Wanita tua itu berlalu pergi.

“Is tahulah mama” jerit si anak.
‘ Orang tua ni langsung tak boleh tengok aku senang, ada sahaja kerja nak aku buat’ gumamnya dalam hati.

Selimut ditolak ketepi dan dia bangun dari peraduannya.
‘Nasib baik malam tadi lock pintu, kalau tak alamatnya tak keluar la aku malam ni’.
Tin-tin yang berselerak dikutip dan dikumpul didalam beg sandang.

Disinsingnya langsir ke tepi, tubuh yang tegap itu mengeliat menghadap matahari. Matanya memandang ke kanan melihat jam loceng yang entah ke berapa telah dirosakkan dek kerana mengganggu tidurnya. Dia tersenyum dan mencapai jam loceng yang telah terkeluar seluruh isi ke atas meja. Dia yakin mama akan menggantikannya.

Dipandangnya ke dinding melihat jarum jam, sambil menggosok-gosok mata yang tidak gatal. Mukanya tampak terkejut

“ALAMAK !! aku ada meeting pagi ni” dia menjerit sekuat hati.

Wednesday, March 4, 2009

sambungan


sambungan dari episod yang lalu



Senyum kambing

Insya-Allah. Assalamualaikum.

Sign out

Kertas pembentangan kelas Prof. Akmal di selak satu persatu agar tiada yang tertinggal. Laptop dihadapan dibiarkan terbiar dengan alunan nasyid dari kumpulan Devotees. Satu keluhan lepas jua akhirnya

“Ummmh aku tak siap apa-apa ni. Macamana ni?”

“aarrrgh”. Ani menghampiri aku.

“ kau ni kenapa syah?. Sakit kepala ke?” Ani mula memicit kepalaku. Agaknya dia ingat aku ni sakit kepala kot.

“ haah aku tengah sakit kepala dengan assignment Prof. Akmal ni.”

“kan kau faham dalam kuliah. So, kau buat je la kesimpulannya. Senang kan?”

‘ kau cakap memangla senang Ani. Aku ni yang nak buat pun rasa macam dah kena barah otak’ detik hatiku.

“ ok la aku nak tidur ni, kau siapkan kerja kau tu sampai siap. Jangan tidur kalau tak siap lagi.” Nasihat berupa amaran dari seorang kawan, sambil merebahkan badan ke katil.

Jari jemari dengan pantas menaip dari satu perkatan ke perkataan yang lain. Masa bagaikan terhenti dan hanya aku dan segala ilmu serta kefahaman yang ada untuk ditumpahkan kedalam Microsoft word. Namun masa tidak akan terhenti ia terus berlari dan aku terus mengejarnya, sehingga aku lelah dan semput. Andai ku mampu menjadikan 24 jam ke 25 atau 26 jam pasti akulah insan yang paling bahagia di dunia ini.

karya Teman Seperjuangan

  • Permulaan Perkongsian - Assalamualaikum... Tajuk tak boleh blah kan..haha..sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk ape. Tapi memang betul jugak tajuk tu.. Permulaan Perkongsian Ko...
    11 years ago
  • KORBAN …. - *Sejarahnya dari perspektif Islam...* Peristiwa korban membuktikan dengan jelas ketaatan dua orang nabi iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terhadap perin...
    15 years ago

ShoutMix chat widget
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez