Wednesday, February 25, 2009

AS tayang filem HINA Islam LAGI !!!



IHSAN DARI BERITA HARIAN ONLINE


WASHINGTON: Filem kontroversi yang dihasilkan oleh Ahli Parlimen Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders, bakal ditayangkan di Amerika Syarikat Khamis ini selepas senator Republikan, Jon Kyl, bersetuju menjadi hos menayangkan dokumentari menghina Islam itu.

Kyl menjadi penaja majlis itu bagi Wilders, yang tidak dibenarkan memasuki Britain awal bulan ini selepas pegawai Britain berkata dia membawa ancaman kepada undang-undang awam.

Kementerian Dalam Negeri Britain enggan membenarkan Wilders memasuki negara itu berdasarkan alasan dia 'akan mengancam keselamatan masyarakat dan awam.'

Ahli perundangan Belanda itu dijemput ke bangunan Capitol untuk menayangkan filem selama 17 minit itu, Fitna, yang mengkritik al-Quran sebagai 'buku fasis' dan membandingkan Islam dengan Nazi.

Wilders mempertahankan diri daripada tuduhan 'berat sebelah' berhubung desakan sendiri untuk bebas bersuara tetapi pada masa sama mahu al-Quran diharamkan.

"Saya mahu al-Quran diharamkan. Di Belanda, kami mengharamkan Mein Kampf. Saya melihat perbandingan kedua-dua buku ini. Bukan hanya ia adalah ideologi pemerintahan satu parti politik tetapi kedua-duanya juga menghasut keganasan," katanya.
Tayangan itu ditutup untuk orang awam dan media dan cuma boleh ditonton oleh anggota Kongres. � Agensi




SATU LAGI PENGHINAAN TERHADAP ISLAM...
BANGKITLAH UMAT ISLAM
MEREKA INI TIDAK AKAN PERNAH SENANG DENGAN ISLAM




TIRAMISU ... SEDAPNYA





Apa itu Tiramisu?

Tiramisu meaning ‘pick-me -up’ is a classic coffee flavored Italian dessert prepared with mascarpone cheese,espresso and ladyfingers.It has become very popular recently and is served in almost every Italian restaurants. You either love it or hate it,there’s no middle ground

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan


Langkah-Langkah

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

BESTNYA kalo dapat buat TIRAMISU ni.... ni la kegemaran saya ...... rasanya sedap kerana ada rasa kopi... sedap sampai menjilat jari... hehhe

Monday, February 2, 2009

tak da tajuk laGI


Ya Allah ya tuhan betapa luasnya dosa ku seluas lautan yang terbentang. Aku hanyut tanpa haluan dan petunjuk. Dilautan ini ku kayuh dayungan agar ku tidak tenggelam sebelum sampai ke destinasinya. Panduilah diri hambamu agar tidak teresat dan berubah haluan menuju mu. Hatiku ini haus segersang sahara dunia, kekeringan tanpa hujan. Kau limpahilah dengan cintamu ya tuhan yang kekal selamanya. Amin amin ya rabbal alamin.
=========
Evo-ferrari
Buzz
Hai

‘Aik sapa pulak ni?’ hatinya berbisik.

senyum kambing
hai
muslim?

‘Ha, padan muka tak reti-reti nak beri salam agaknya’.

Evo-ferrari
Yup, I’m muslim. U?

Senyum kambing
ASSALAMUALAIKUM.
Ooo ingat orang cina tadi

Evo-ferrari
Why?

Senyum kambing
Kalau muslim, berilah salam bila mulakan sesuatu perbualan. Tengok jawab salam pun tak?

Evo-ferrari
Ok ! I’m sorry
Waalaikumussalam

senyum kambing
ok la saya nak sign out ni. Banyak kerja nak buat.

Evo-ferrari
Ala baru nak berkenalan.

Senyum kambing
Next time la ok.

Evo-ferrari
ok janji tau

‘apa kena pulak dengan budak ni’

Senyum kambing
Insya-Allah. Assalamualaikum.

Sign out

Kertas pembentangan kelas Prof. Akmal di selak satu persatu agar tiada yang tertinggal. Laptop dihadapan dibiarkan terbiar dengan alunan nasyid dari kumpulan Devotees. Satu keluhan lepas jua akhirnya

karya Teman Seperjuangan

  • Permulaan Perkongsian - Assalamualaikum... Tajuk tak boleh blah kan..haha..sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk ape. Tapi memang betul jugak tajuk tu.. Permulaan Perkongsian Ko...
    11 years ago
  • KORBAN …. - *Sejarahnya dari perspektif Islam...* Peristiwa korban membuktikan dengan jelas ketaatan dua orang nabi iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terhadap perin...
    15 years ago

ShoutMix chat widget
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez