Thursday, March 12, 2009

sambungan .....



















“Sudah berapa kali Is datang lewat meeting? Is jangan buat muka kesian dengan papa. Papa dah penat dengar pekerja-pekerja di bahagian marketing bercerita pasal Is.” Fail dihempas ke atas meja.

“Pa, Is bukan sengaja datang lewat la pa, Is..”
“Is apa? Is keluar jumpa klien? Ada ke orang jumpa klien jam 10 pagi? Agaknya jam 11 pagi pun Is tak bangun lagi dari tidur kan?”
“ Is minta maaf pa.”
“ Berapa kali dah Is minta maaf dengan papa? Hari ni minta maaf esok buat benda yang sama jugak.” Kemarahan jelas terserlah diraut wajah Tuan Lokman

Iskandar yang duduk di kerusi empuk buatan Itali itu kelihatan resah, punggungnya panas bahkan udara sejuk dari penghawa dingin tidak dirasakan mampu menyejukkan suasana yang tegang saat ini.

Otaknya ligat mencari helah untuk keluar dari keadaan yang bahang itu. Mengintai ke arah jam tangan jenama rolex, menunjukkan jam satu suku, dia makin gelisah dan yakin Suzy pasti sedang membebel kerana sudah menunggu lebih dari setengah jam di lobi syarikat.

“ Papa, Is ada appointment la dengan klien jam 2 petang ni. Is keluar dulu ye.”
Anak muda itu bangun meninggalkan kerusi empuk lalu menuju ke pintu buatan kayu dari jenis jati

“ Iskandar Aiman!”
Kakinya terhenti disitu. Bagai robot yang mendengar arahan dari tuannya.

“ni amaran terakhir papa. Jika Is buat hal lagi, papa tidak teragak-agak akan turunkan jawatan Is.”
Don’t worry papa, it’s me Iskandar Aiman. Is tak akan ulangi lagi”
“ Papa pegang janji kamu”. Jari telunjuk di angkat agar anaknya sedar akan amaran keras ini.

Sebagai seorang bapa, dia amat berharap anak bujangnya ini akan berubah dan menjadi insan yang berguna.Bukannya hanya pandai menghabiskan beras je.
Kelibat Iskandar Aiman hilang dari pandangan, digelengnya kepala tanda kesal yang berbeku dihati.

Teringat ketika dia sebaya umur Iskandar, pada masa itu dia terpaksa meninggalkan keluarga di kampung, demi mencari rezeki untuk menyekolahkan adik-adik yang masih kecil. Berbekalkan semangat dan tulang empat kerat, dia bekerja di kebun milik Tuan Saadan. Selama 4 tahun dia bekerja sebagai tukang kebun di kebun pisang milik tuannya. Bahkan dia juga terpaksa berulang alik dari kebun ke rumah Tuan Saadan kerana dia juga perlu membersihkan halaman rumah tuannya.

Masuk tahun kelima dia berkerja di kebun pisang dan halaman Tuan Saadan, dia telah diberi kepercayaan oleh majikannya untuk menguruskan operasi kebun pisang seluas 3 ekar itu. Ketika itulah dia mula belajar bagaimana hendak meluaskan dan meningkatkan keuntungan dari kebun pisang tersebut.

Tetapi itu dulu, dia dibesarkan dalam kesempitan hidup. Bapanya melarikan diri ke Siam kerana menjadi buruan polis. Ibunya ditinggalkan bersama 4 orang anak temasuk dirinya. Dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai penoreh getah dan mencuci pinggan mangkuk di Warung Pak Dol. Semua itu dilakukan hanya demi sesuap nasi untuk adik-adiknya dan ibu yang tidak sihat.

Yang menjadi masalahnya sekarang ialah anak bujangnya yang tunggal ini. Iskandar Aiman sudah dibiasakan dengan kemewahan sejak dari kecil. Tidak seperti dua anak perempuannya yang memilih untuk hidup berdikari diluar negara. Iskandar lebih suka hidup dibawah tanggungan dia dan isterinya. ...... (bersambung)

karya Teman Seperjuangan

  • Permulaan Perkongsian - Assalamualaikum... Tajuk tak boleh blah kan..haha..sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk ape. Tapi memang betul jugak tajuk tu.. Permulaan Perkongsian Ko...
    11 years ago
  • KORBAN …. - *Sejarahnya dari perspektif Islam...* Peristiwa korban membuktikan dengan jelas ketaatan dua orang nabi iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terhadap perin...
    15 years ago

ShoutMix chat widget
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez