Wednesday, April 15, 2009

DOA PENERANG HATI


Bulan April & Mei juga oktober & november setiap tahun merupakan hari peperangan mahasiswa di universiti malaya. Apakan tidak, ketika inilah peluru dan senjata digilap untuk menghadapi peperangan ini.

Opppsss! peperangan apa pulak yang berlaku dalam kalangan mahasiswa kan? Peperangan dalam dewan peperiksaan la apa lgi. Satu minggu belajar digunakan sebaik mungkin berperap dalam bilik dan mengadap nota yang umpama peluru-peluru yang perlu digilap dan disusun mengikut senjata yang akan digunakan.

Sambil-sambil menggilap peluru dan senjata. doa dan bertawakal juga perlu. Setiap peperangan ada kalah dan menang. Begitu juga dalam peperiksaan. Siapa yang rajin yang bersungguh-sugguh akan diberi kemenangan. TAPI PERLU DIINGAT ! Kejayaan dan kekalahan itu merupakan ketentuan dari yang MAHA ESA. Sekiranya Tuhan tidak mengizinkan kita menang, buatlah apa sahaja kemenangan tetap bukan milik kita.

JADI APA PERLU KITA LAKUKAN ? Berdoalah sentiasa dan bertawakallah kepada Allah. Sebagai seorang Muslim jangan lupa tiada yang lebih berkuasa dan memahami kita melainkan Allah yang maha bijaksana. InsyaAllah segala apa yang kita usahakan mendapat berkat dan redha Allah S.W.T. jom kita berdoa

اللهم نور قلبي بنور هدايتك كما نورت الأرض بنور شمسك أبدا برحمتك يا أرحم الرَّحمين
Maksudnya :" Ya Allah, Sinarilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu. sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya. Dengan rahmat-Mu ya Allah yang maha penyayang"


SEMOGA DOA INI AKAN MENJADI AMALAN DAN DITERIMA ALLAH.

karya Teman Seperjuangan

  • Permulaan Perkongsian - Assalamualaikum... Tajuk tak boleh blah kan..haha..sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk ape. Tapi memang betul jugak tajuk tu.. Permulaan Perkongsian Ko...
    11 years ago
  • KORBAN …. - *Sejarahnya dari perspektif Islam...* Peristiwa korban membuktikan dengan jelas ketaatan dua orang nabi iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terhadap perin...
    15 years ago

ShoutMix chat widget
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez